Monday, January 5, 2009

Wa-terkena beb! : Versi Wedding

Seperti yang dirancang pada tarikh berkenaan, aku pon mengenakan jersey rugby, dan seluar jeans biruku, dan berpinjamkan sandal yang baru dibeli oleh housemate aku di seberang golok. Lantas aku mencapai rm50 dia atas meja study ku, dan ku selup ke dalam kocek, sambil mengeluh,“Ini la notes terakhir ku bulan ini..”

Turut kucapai, handphone sony ericosn,K-550-ku, bingkas aku tepon jai :

Aku : “Wey, aku da siap dah ni, nnt ko amek aku kat apartment aku la.. Lepas tu kita gerak sekali ar.. Aku tunggu kat pondok pak guard..”

Jai : “ok..ok.. xde hal la.. Sbb kerol ngn matle pon da nak gerak.. Nnt aku amek ko, kita jumpa dorg kat sana la. Matle ckp, senang je nk carik rumah pengantin tu, sbb pagi tadi dia(matle) da lalu tepi jalan tu. Mmg betul2 tepi MRR2, kita akan nampak khemah kaler pink..betul-betul belakang shell.. Itu la khemah pengantin.., ok, jumpa jap lagi, aku pon tgh nak mandi bersiap ni..”

Jarak rumah jai dgn rumah aku, xde la jauh mane.. Kira dalam satu qariah jugak la.. Walaupon tak jauh mana, tapi agak letih la nak menapak.. jaraknya, dalam 1.5km macam tu agaknya.. Dalam 30minit kemudian, Jai pon sampai dgn kerata waja hitamnya yang tampak elegance itu dengan wajahnya yang berseri-seri, macam dia pulak nak kawen pada hari itu.. Sebelum memulakan perjalanan ke rumah pengantin, sempat aku mengenakan kaca mata gelapku, kerana cuaca agak terik walaupon mendung di pagi hari.. Kemudian, kami pon memulakan perjalanan di atas nawaitu menziarahi dan mengucapkan tahniah di atas berlangsungnya majlis wedding kenalan taulan sepejabat..

***************
Setelah 20mins perjalanan, kami pon tiba di khemah pengantin seperti yang diterangkan oleh matle.. Informasi yang matle berikan tampak mudah, ringkas dan padat, iaitu khemah kale pink, lokasi sebelah MRR2 dan terletak di blakang shell. Namun, sbb byk kereta yg dtg, jalan nampak sebok dan membuat kan sukar kami nk carik parking.. Pusing punya pusing, akhirnya, kami temui kawasan tempat letak kereta..

Aku : “Wey, apsal tiba2 ujan plak ni?”

Jai : “Hujan rintik2 je ni.. xpe kot..”

Aku : “Selambe redah je la.. xde lebat mana pon,”
(Sambil bingkas bangun dan menuju ke khemah pengantin yang berwarna pink yang bersinar-sinar serinya, betul-betul di blakang shell bersama jai..)

Jai : “Pergh.. Imran(nama kenalan yg kahwin) ni mesti anak somebody ni, sampai siap pakai polis jaga trafik sekitar majlis kawen dia ni.. Entah-entah bapak dia keje polis kot.. Itu yang siap ada polis bagai..”

Agak surprise kami, masa nk masuk ke lorong khemah kale pink itu, sebab ada beberapa pegawai polis sedang sibuk mengawal traffic yang agak sesak di lorong pintu masuk ke khemah berkenaan.. Namun, kami terus mengatur langkah untuk ke destinasi khemah pink.. Lantas jai pon mencapai telefon bimbit nya dan menelefon matle untuk menanyakan lokasi beliau dan isteri duduk makan, sbb kitorg nk join dudok makan kenduri sekali..

Jai : “Wey, kat mana? Kami da sampai ni..”

Matle : “Aku da sampai da ni, ko carik la bawah bumbung tu, kitorg tgh makan. Meh ar dudok sekali..”

Jai : “Ok..ok.. nnt aku carik”, jawap jai ringkas.

Carik punya carik, tak jumpa pon matle.. Lantas, aku ngan jai yang kelaparan sebab sama-sama tak bersarapan pagi pada hari itu. Terus mencari tempat duduk untuk menjamu selera kenduri tanpa memikirkan lokasi matle duduk. Tanpa berfikir panjang, kami pon terus makan.. Sungguh enak hidangan yang dihidangkan.. Sehinggakan kerusi yang kami duduk pon, di balut khas dengan kain pink putih keemasan.. Memang kami dapat rasakan macam ini adalah antara wedding versi mewah yang pernah kami hadiri.. Siap hidangan dalam 5-6 lauk yang sungguh asyik di makan.. Sedang kami asyik menikmati hidangan, telinga kami didendangkan dengan irama musik lagu-lagu kawen. Sungguh syahdu.. Rasa mcm nak kawen pon ada, masa tu..

***************

Tiba-tiba.. kedengaran lagu kahwen tadi berhenti berkumandang, dan digantikan dengan ucapan-ucapan perkahwinan yang ditujukan kepada pengantin baru oleh para hadirin yang dikendalikan oleh DJ majlis tersebut.. Namun, ucapan perkahwinan yang ditujukan bukan kepada nama Imran, tetapi nama makhluk lain.. Seolah-olah perkahwinan itu, bukan Imran yang punya majlis kawen.. Kami dah mula rasa jengkel, dan meragui status empunya majlis perkahwinan tersebut. Apakah ramalan kami, bahawa Imran adalah anak pegawai polis tadi terpesong? Atau, majlis ni ada 2 pasangan pengantin.. Wajah cemas, tetapi tampak berselera menjamu selera.. Sehinggalah pada ketika..

Ada beberapa anak dara sunti mengagihkan bunga telor di meja makan kami…

Aku : “Jai, aku rasa, kita da salah wedding ni.. Cuba ko tgk ni..”, kata ku ringkas..
(Sambil menunjukkan bunga telor yang ditulis jelas, bukan nama Imran, dan pasangan nya)

Jai : “Ha ah la.. kita da salah wedding ni.. Tak bole belah betul.. Tapi, tadi kat lorong tadi, lorong sama mcm dlm kad jemputan! Jap aku call matle.."

***************

Jai tepon matle...

Jai : "Matle, ko kat mana ni? x nampak pon ko ngn si ros?? Aku tgh makan kat khemah la ni"
(Sambil bingkas berdiri, dan menoleh pinggang kekiri dan kekanan, mencari kelibat matle yang tidak kelihatan, walaupon matle telah menyatakan dia sedang mkn di lokasi perkahwinan berlangsong)

Matle : "Aku tgh makan la ni, ko carik la.. betul-betul kat bawah khemah kaler coklat!"

Jai : " Kaler coklat?? Bukan kaler pink ke?? tadi ko ckp kaler pink??"

Matle : "Bukan-bukan.. entah-entah ko dah salah rumah ni.. hahaha.. dah-dah, meh mai sini cepat, ramai geng-geng ada sini ni, mozek, kerol, suma ada sini..

Jai : "ok..ok.. roger and out!"

***************

jeng..jeng..jeng..!!

Setelah mendapat maklumat sebenar...

Jai : "wey kita da salah rumah daaa.."

Aku : "salah rumah ka? jap, kasi aku perabis ni dlu.. then kita gerak.."

Jai : "Jap aku tanya mamat kat meja makan sebelah ni, sbb dia tu muka familiar macam kawan imran jugak, mana tau dia tau ke rumah imran kat mana..”

Setelah jai pergi bertanya, rupanya, mamat tu pon baru sedar yang dia salah rumah daaa.. Mamat tu lagi la, siap bawak isteri dan anak-anak skali.. Dengan keadaan cemas, kami menghabiskan nasi atas pinggan, lantas cuci tangan, dan bergegas ke rumah pengantin yang sebenar.. Rupa-rupanya, pada hari itu, dalam lorong yang sama, ada dua kenduri kawen.. Satu hujung lorong sebelah kanan(blakang shell), satu lagi hujung lorong sebelah kiri.. Setibanya di rumah Imran, baru la kelihatan kelibat matle dan isteri, kerol dan isteri, mozek dan bakal isteri, rizal yang tanpa isteri dan kawan-kawan yang lain..

Moralnya, lain kali, kalo nak makan kenduri kawen org, salam la bapak pengantin tu dulu.. Da confirm betul, baru la redah carik nasi kuning dia..hahaha.. Buat imran, lain kali kalo nk buat kenduri kawen lagi, jgn pilih date sama ngn jiran satu lorong.. buat org konpius daa.. hahaha.. Buat matle, kaler pink dgn coklat x dapat beza kaa?? apa da... hahaha..

3 comments:

Amar Amir said...

gua kuat juga terjah kenduri kawen kat bangi ni walaupun x dijemput..

dah tu lu salam tak bapak pengantin yang salah tu?

aH kYe yUm said...

terjah..terjah jugak bai.. jgn bawak tabiat ni sampai ke-tua! hehe..
mmg da x salam la bai.. time tu terasa laboh ter-amat sgt! haha..

Atiqah Adnan said...

huhu macam2 la kamO ni.. da abeskan makanan baru balik eak..? pandai... :D