Sunday, January 4, 2009

Melewati usia kanak-kanak awal 90-an..

Mengecapi sepanjang onak duri kehidupan ini, adalah indah bila terkenangkan zaman sewaktu membesar dahulu.. Menurut isltilah bahasa melayu mudah, tatkala pada ketika zaman kanak-kanak aku.. Zaman sebelom menongkah arus remaja, sessi “sebelom akil baligh”. Sungguh indah masa tu.. Tidak pernah terlintas pon untuk merancang kehidupan seperti kehidupan hari ini. Yang mana penuh dengan tanggungjawab, dugaan dan pancaroba..

Mengimbas kembali zaman lampau, byk pengisian aktiviti sewaktu melewati zaman kanak-kanak sekitar awal 90-an, berbeza sekali dengan kanak-kanak di kini hari. Kalo dulu, hampir seluroh kanak-kanak di awal 90-an, yang pasti, rutin antara satu sama lain tentang rancangan yang dipertontonkan kepada mereka, dan permainan mereka mainkan adalah lebih kurang sama seantero pelusok malaysia. Macam, gaban, flashman, dash-yankuro, tomato-man, doraemon, chempiang-man, the kickers, ultraman taro, dan “Hati Waja”(hero-shahidan{faisal Hussein};drama silat melayu pkol 7.30mlm)dsb-nya. Masih aku ingat lagi, kadang-kadang aku sanggop ponteng kelas sekolah agama petang aku untuk menonton rancangan-rancangan tersebut. Byk betol citer tu disiarkan pada ketika kelas ugama ptg ku belom tamat. Masakan di kala itu aku sebok menelaah di sekolah agama. Yela, dulu mana ade tv mcm astro yg rancangannya disiar ulang-ulang kan?! Mungkin itu sbb agaknya astro pasang citer dia ulang-ulang kali kot, sbb nk bg peluang kepada yg terlepas untuk menonton!! Hehe..

Selepas menonton, mula la rata-rata keluar mencari rakan seantero untuk bermain. Masih igt lagi. Zaman dahulu, permainan dia senang untuk ditentukan.. sebagai contoh, kalo pada waktu itu musim “world cup”, mesti semua kluar bermain bola, tak kira la, terror ke tak terror, janji main.. kalo masa tu tgh berlangsongnya piala Thomas, maka kat kedai-kedai runcit, akan larisla penjualan bulu tangkis dan raket.. Kalo zaman tu citer dash yankuro ke udara, maka mula la kita kumpol duit blanje nk beli kete tamiya, atau paling kurang pon kete audley..Atau dengan kata mudah, permainan akan dimainkan mengikot musim..

Namun permainan sampingan yang lain, manakan mudah untuk aku lupakan, seperti main layang-layang, lastik buah getah, galah panjang, “police and thief”(dulu panggil police entry one two jaga je), main keja-keja, rounders(ala-ala baseball, tapi guna papan kayu meje sekolah ngn bola tennis), baling selipar, main baling tin(ala-ala baling selipar jugak), main guli(buru, lessen, kotak, pasang),gasing(main pakok), ku ci pang, main bola cap(guna bola tennis baling kat badan org) dan permainan yang paling aku tak bole terima adalah main nombo. (aku da tanye budak zaman kini, rata-rata mereka tak tau apa itu istilah main nombo, giler rugi!!hahaha..)

Main nombo ni ringkas, kene pilih nombo, then letak tangan.. Kalo nombo sapa kene, boleh tarik tangan kluar, dan sapa yg nombo tak kene tu, kene kekalkan tangan dalam pusingan.. and at last, sapa kalah akan kene jentik ikot nombo pilihan si pemenang!!! Haha.. aduh pedih tangan si kalah, sampai tukar-tukar tangan!! Hehehe.. si pemenang yang tak larat jentik, sampai wakilkan kat org lain gitu.. lokasi permainan selalunya, di kala waktu cekgu xde dlm kelas, lepas abis final exam, atau waktu di kala waktu prima seperti sebelom dan semasa teraweh berlangsong!!! main kat blakang jemaah(sbb lepas teraweh dah g main mercun plak).. hehehe..

Sungguh indah terkenangkan kembali detik nan indah sewaktu kanak-kanak..

No comments: