Monday, January 19, 2009

Episod Memori Bersama Si Dia


Tahun : 1994
Lokasi : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Pada suatu ketika, selepas aku menamatkan kelas kokurikulum aku pada hari Sabtu, seperti biasa, aku akan berjalan kaki keluar dari pintu pagar sekolah, melewati padang sekolah yang botak ditengah-tengah.. Menerusi Bangunan AIA, aku akan melintasi anak-anak tangga kecil turun sehinnga ke Jalan Ampang.. Sampai la aku menantikan kelibat bas mini untuk pulang ke rumah .Aduh, panas bukan kepalang.. Dengan berpakaian lengkap sebagai ahli pengakap kanak-kanak cawangan Bukit Nanas, sungguh mengajar aku perihal pedihnya hidup berdikari ni, pada usia 9tahun.

“Argh.. sungguh panas hari ini.. Mana bus mini ni tak sampai-sampai lagi?”, begitu la kelibat aku yang mundar mandir menantikan kehadiran bas mini bernombor 60. Tatkala sedang menanti bas mini, di saat itu la berduyun-duyun bas intrakota melewati perhentian bas yang aku singgahi. Bukannya bas intrakota ini tidak melalui taman perumahan ku, tetapi, aku lebih rela menantikan kehadiran bas mini daripada bas intrakota disebabkan beza harga tiket hanya sekitar 30 sen.

Mana tak nya, naik intrakota, kene charge dalam 90sen.. ini kalo masuk rm1 dlm kotak tu, confirm xde baki.. Waima, kalo aku naik bas mini, tiket dia 60 sen je. Kadang2 inspektor tiket tu bg aku murah sbb aku kanak-kanak sekolah, kadang-kadang hanya 30 sen je kene charge.. Begitu la beza harga tiket bas antara intrakota dan bas mini sekitar awal tahun 90-an.. Kadang-kadang aku akan jimat 30sen hingga 60sen sehari!! Mana tak nya? Bagi satu hari sessi sekolah aku akan menaiki bas mini ini, untuk perjalanan pergi dan pulang ku - 2kali naik sehari..(30sen X 2 = 60sen)..

Hasil daripada ‘penjimatan hebat’ harian-ku ini, aku akan laborkan membeli chikedis-chikedis, untuk makanan ringan ku.. Itu la kehidupan kanak-kanak, yang tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh ‘junk food’.. Ibarat pepatah, antara irama dan lagu, tidak bole dipisahkan.. Sekira dipisahkan, maka kurang la seri nya lagi..

Hasil penjimatan selama 2 hari itu, baru la aku mampu untuk singgah ke 7-eleven.. Selepas aku keletihan merentas perjalanan pulang dari sekolah, kadang-kala aku akan singgah ke kedai serbaneka 7-eleven yang berhampiran dengan stesen bas tempat aku turun.. Aku akan singgah sebentar untuk membeli slurpee sebelum pulang ke rumah!! Tatkala hari tengah panas, syiiook gile dpt minum slurpee ni.. Hasil daripada penjimatan harian aku selama 2hari, dapatlah aku membeli se-cup slurpee bersaiz kecil, yang aku beli dengan harga RM1..

Sesudah keluar dari kedai serbaneka 7-eleven tu, aku merentasi lorong kecil ke rumah ku.. Di situ la, wujud kelibat seekor anjing yang sedang nyenyak tidor di bawah pohon pokok yang rendang.. Namun, aku lewati kelibat anjing itu dengan selamba, jiwa goncang tapi tampak selamba redah melintasi ia(yakni anjing).. Sedang aku lewati anjing tu, secara tiba-tiba anjing tu bingkas bangun dan terus menyalak secara sawan.. Jiwa aku terus bergelora, tapi, aku terus kan bejalan tetapi bingkas laju cara aku berjalan… kerana aku masih ingat pesan org, kalau nampak anjing, jangan lari, nnt dia kejar..

Malang bukan kepalang, secara tiba-tiba kelibat anjing gile itu rupa-rupanya sedang mengejar-ku sambil memulakan salakan yang tampak ganas.. Aku pon tak tahu, atas niat apa dia nak mengejar aku?? Secara spontan aku pon lari daripada kelibat anjing gila yang kelihatan bengis tapi nampak gah. Pabila sesi kejar–mengejar berlaku, tiba-tiba, secara sukarela aku lontarkan slurpee yang baru aku sedut beberapa kali ke arah anjing liar itu.

Tiba-tiba anjing itu memberhentikan larian nya sambil aku teruskan larian. Namun, sayang sungguh.. Belian Slurpee hasil daripada penjimatan hebat duit belanja ku itu, dibaham oleh anjing liar tadi.. Cilakak punya anjing.. Dia pon tau makan slurpee.. Walaupon aku lega setelah bebas daripada buruan anjing tadi, tapi, aku tampak muram setelah kehilangan secawan slurrpee yang aku impi sejak hari semalam..

Sudahlah aku penat membuat penjimatan hebat untuk secawan slurrpee ni, penat berlari lagi, pada akhirnya slurpee itu jadi senjata menghalau anjing liar gila pulak tu.. Terpaksa la aku buat penjimatan hebat di hari lain untuk menikmati secawan slurrpee lagi tatkala dalam perjalan pulang ke rumah dari sekolah lagi.. :(

Ini lah antara pembelajaran utama yang aku terima di kala zaman pendidikan awal ku.. Ingin sesuatu yang di impikan, harus lah dibayar dengan pengorbanan yang setimpal.. Namun, walau seikhlas mana pon pengorbanan itu dizahirkan, belum tentu impian itukan menjadi nyata.. Itu lah lumrah kehidupan yang aku belajar sejak di bangku tadika lagi.. Senantiasa ku harapkan tuah nan mendatang setelah diiringkan dengan usaha nan jitu.. :)

that's all...

20 comments:

Monkey D Luffy said...

hahaha... cinabeng punya anjing.

StingRay said...

gila jauh punya beza...aku dulu balik sek kayuh beskal..petang mandi sungai...main kejar-kejar...


7e?..pemenda tu?..kedai runcit pin aku tau la....


haha...

aH kYe yUm said...

kapten : anjing tu mmg tak bole pakai punya.. itu jenis anjing kurap xde tuan.. kalo jumpa ini jam, mmg gua taruh batu bata byk sama itu anjing..

sting ray : alamak,kat kl xde sungai yg bole mandi manda daa.. sg klang ada ar.. tp main kejar2 tu perkara harus!tempat aku pon ada.. membesar kat kl pon, bukan suma org senang maa..beskal pon xde.. huhu

Nasha Ajis said...

hanjeng betul anjing tu kan..hahaha..

FARIE said...

pjg nye cter kamo..
tp anjing tu kuang ajor..
mrh mak bapak anjing tuh!!

aH kYe yUm said...

nasha ajis : mmg da keturunan anjing.. mmg la dia hanjing.. :p

farie : mcm mana nk kaji salasilah dia daa.. x sempat nk tanya, dia da terkam daaa.. :(

hanis said...

salam singah!

burungmurai said...

pada suatu hari ketika baru memulakan persekolahan di tingkatan satu, abdul qayyum ditanya pleh seorang guru apakah hobi beliau..
sambil membuka beg duit beliau berkata,

"hobi saya mengumpul tiket bas intrakota"

seraya itu beliau menunjukkan kepingan2 tiket bas intrakota yang dikumpulnya..

aH kYe yUm said...

hanis : jempot..jemput.. singgah!

burung murai : still u remember those years?? haha.. yup, since 1995 mcm tu da mula bas intrakota memonopoli.. dan kelibat bas mini saban tahun makin terhakis.. hehe.. itu yg penah ada hobi kumpol tiket bas intrakota tu! haha..

F A R Y N said...

rendu zaman naik bus mini..

aH kYe yUm said...

faryn : miss too.. start get on it since i was 7years old.. ini la transport i g sekolah rendah.. sob..sob..

F A R Y N said...

owhh..u mamat st john rupanya..ekeke
me from mgskl..hahaha

coffeemaker a.k.a "juliet naughty" said...

hanjeng tu mmg nak kena debik ngn juyett tuh..nnti kita pijak kaki hanjeng tuh..pastu kita lari laju2 sambil gelak tanda gumbiraaa..

p/s: incik..sy pon link blog awk yerk..tima kasey krn sudi singgah kat blog sy..jasamu dikenang...

ngeh3.. =D

Kyla said...

sedihnye..
ada sesi kejar mengejar di situ. =p

lame dah tak naik bas mini.
dulu klu kat sini nk gi Plaza alam sentral sllu naik bas mini ^^

Kyla said...

oh ye. leh je nk add link ^^

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

salam.. jemput add my blog : www.myadha.com

Babyjane[The Juliet] said...

salam perkenalan
:)

anda akan dilink di blog saya
:)

~tHe tRU cOloRs oF 'atiQahadnAn'~ said...

kerana mu 'slurpee' huang.. huang... :D

aH kYe yUm said...

faryn : suatu masa dahulu tu..

juyett : waaa.. sungguh protective!!
thanx ya.. hik hik..

kyla : sedey2.. sob sob.. :(

babyjane : slamat..slamat..

atiqah : yeahhh.. haha.. alamak tibe2 haus la plak.. :P

Marmar said...

huu.. bus mini. aku slalu naik bus mini 20 gi perpustakaan negara (tempat 1st kalu budak nak blaja kuar gi kl) heheh.. aku baca entry ni, bertambah homesick aku tau qayyum.. huu.. aku tanak duk equine ni.. tade kawan..