Sunday, January 4, 2009

Win, Lose or draw..

Munculnya hari esok, maka genaplah 6 bulan kewujudan aku di bumi bangkok ni... manakan bisa menongkah masa tanpa pengalaman yang diperoleh.. banyak corat-coret rentetan peristiwa sewaktu aku berada di paksi bumi bangkok yang penoh dgn pacaroba dan kemelut politik berpanjangan yang tidak penah bisa kenal dengan erti keamanan..

Antara byk-byk pengalaman, ingin aku komentarkan tentang kepayahan aku ingin membeli bawang pada bulan pertama bernafas di bumi bangkok.. ada kalanya boleh diibaratkan seperti game win, lose or draw..

Mengecapi kehidupan di tanah besar siam ini, ada ketika mcm susah, waima ia merupakan jiran paling dekat dgn tanah air bumi bertuah kita.Mana tak nya, dalam area yang aku duduki hanya wujud dua sahaja kedai makan yang betul-betul halal, yang mana, pengendalinya tau akan pasal perihal daging sembelihan, dan xde bahan ramuan yang berasaskan 'pork'.Namun, setelah hampir 2 minggu, mengecapi ramuan masakan daripada dapur daripada 2 kedai yang sama, membuat kan aku jelik dan bosan dengan masakan yg disediakan. Mana tak nye.. Asyik ikot selera tukang masak dia je, kdg2 nk ikot selera kita jugak..

Keputusan untuk memulakan sessi masak-memasak ini, mebuatkan aku terpikir.. Apakah tindakan susulan aku selepas ini.. Apakah resipi yang mampu aku masak?? Apakah aku mampu makan masakan aku, walaupon tak berapa ada UHHHm?? Namun, itu semua perkara biasa, bg org yg baru nk mula blajar.. bak kata zizan(rancangan BOLOS),"bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!!".

Pada suatu petang sewaktu pulang dari pejabat, aku melewati sebuah kedai runcit.. Lantas, tanpa berfikir panjang, aku masuk saja.. Sedang asyik membelek-belek majalah dalam kedai runcit tu(belek je.. x beli pon..), aku terpikir untuk membeli telor dan minyak masak untuk ku goreng mlm nnt. Aku tercarik-carik di rak kedai dan aku terjumpa, lantas aku capai dan bawa ke kaunter kedai.

Namun setelah membeli telor dan minyak masak, aku keluar kedai, tiba-tiba, hati kecil ku berbisik dgn sungguh halus.. "x sedap la nak goreng telor xde letak bawang!". Pada kali ini, aku ingin bergerak pantas, kerana aku ingin menonton rancangan televisyen. Sebab nak cepat, aku pegi je ke kaunter, dan tanye org kedai tu, dimana kah lokasi bawang..

Acapkali aku bertanya, maka acapkali la dia tak paham apa aku nak. Mana tak nya, aku ckp bahasa london(English) kat dia, dia hanya berlidahkan bahasa thai tunggal. Maka terkedek2 la aku nak membuat kan dia paham akan kehendak ku.. Lantas dengan mudah, aku mengambil pen dari kocek baju ku, disamping diary di dalam beg galas kerja ku.

Lantas, aku coretkan gamba bawang di dalam kertas itu. Maka, dengan pantas dia mengangguk dan lantas dia mencapai kan untuk aku.. Maka berjaya lah aku membeli bawang pada petang yang mcm bermain win, lose, or draw.. Kami menang, sbb aku berjaya melukis dan dia berjaya meneka..

Namun resepi telor goreng ku tidak lengkap walaupon telah dihiasi dengan bawang. Manakan tak nya, aku terlupa untuk membeli garam.. Kurang uhmm la telor goreng hidangan ku itu mlm..

Petang kendian hari nya pon muncul, seperti biasa, aku mengadap pekedai tadi, dan dengan harapan dia mudah memahami kehendak aku kali ini.. Namun usaha aku menyebut "salt" bagi sessi penerangan tetap gagal.. Atas usaha apa aku nk fahamkan dia??

Seperti sediakala, aku mencapaikan pen dan kertas bagi sesi penerangan berikut nya.. Tapi.. padakali ini, aku gagal untuk mencari kata kunci untuk dilukis.. Kami gagal, kerana aku gagal melukis garam, dan dia gagal meneka.. hahaha.. gile ar, macam main win, lose and draw kan.. hahaha..

Lantas esok aku kembali semula ke kedai itu setelah memperkasakan perkataan siam, "kleua", untuk membeli sepaket kecil garam untuk hidangan telor goreng ku..

1 comment:

Atiqah Adnan said...

lor kesian nye nak makan telur goreNG pUn terpaksa bersusah payah.. huhu~


psst macamner nak rupa bawang yang awak lukis tU yerp.. curious~