Salam perpaduan buat kalian,
Sedikit komentar tentang PRK-Kuala Terengganu, secara umum diketahui bahawa Dato' Wan Farid Wan Salleh, calon BN telah tewas dengan majoriti besar terhadap calon PAS, Saudara Mohd Abdul Wahid Endut(MAWE). Sekalung ucapan tahniah di atas kemenangan MAWE di atas usaha menawan kerusi parlimen BN yang dikosongkan oleh Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia pada 28 November lalu.
Kekalahan ini, sedikit sebanyak menzahirkan suara rakyat yang belom sepenuhnya mempercayai terhadap usaha pemulihan dan pembersihan UMNO. Namun terlalu banyak perkara yang harus dikaji dalam usaha membuat post mortem di atas kekalahan baru-baru ini. Walaupon secara terang-terangan acapkali media arus perdana mencanangkan bahawa BN mampu memperoleh kemenangan mudah dalam PRK di KT baru-baru ini. Namun, guruh gempita di langit, belom tentu hujan kan turun..
Jika UMNO ingin belajar sesuatu daripada kekalahan di PRK-P36-Kuala Terengganu baru-baru ini, segala persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli akar umbi dalam apa sahaja isu yang dibincangkan harus diteliti secara rasional bukan secara emosi oleh pengurusan tertinggi. Sekiranya ahli UMNO sendiri sudah tidak yakin terhadap kepimpinan mereka dalam parti, bagaimana pula individu-individu neutral lain seperti kami ingin turut serta dalam wadah perjuangan parti keramat bangsa ini.
Mengambil sikap terhantuk dan sedar oleh pucuk pimpinan lagi elok buat ketika ini, daripada berterusan menyalahkan ahli bawahan yang acapkali dilabel sbg ahli sabotaj, manakala ahli bawahan pula pasti akan mencemoh ketidak puasan terhadap calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan, setelah berlakunya kekalahan dlm pilihanraya.. Apabila berlakunya tuding-menuding jari sebegini berlaku, manakan teras perpaduan melayu mampu dizahirkan secara total..
Janji-janji manis menjelang pilihanraya bukan lah suatu modus operandi yang sangat efektif di kala masyarakat Malaysia kini semakin matang dalam membuat penilaian.Bukannya rakyat tidak sedar akan perihal perkembangan semasa, malah rakyat terus menerus menilai daripada setiap aspek isu samada di peringkat nasional mahupon tempatan mutakhir ini..
Teruskan mendengar setiap rintihan rakyat daripasa masa ke masa, bukan tatkala menjelang pilihanraya sahaja!! UMNO perlu percepatkan perubahan dan pembaharuan sekiranya ingin terus relevan menawan hati rakyat khususnya masyarakat Melayu..
Banyak yang harus diperbaik sebelum menjelang PRU ke-13, yang akan datang.. Jika UMNO tidak belajar daripada sejarah, risau esok lusa, parti keramat yang gah pada ketika era-era sebelom pemerintahan Pak Lah ini, hanya tinggal sejarah dalam masa mendatang..
Saya hanya la pemerhati politik tanah air yang mempunyai satu undi untuk dibuang.. Namun besar harapan saya, sekiranya UMNO mampu membuat perubahan yang drastik agar proses pembangunan dan perpaduan negara yang utuh mampu terlaksana seperti pada era zaman Tun Dr Mahathir.. Agar hak dan keistimewaan orang Melayu turut dipelihara secara terhormat, bukan sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan seperti hari ini yang mana acapkali isu ini dimainkan oleh mereka-mereka yang kurang bertanggungjawab terhadap peninggalan warisan nenek moyang kita..
Atau tidak dapat tidak, mungkin rakyat terpaksa membuat pilihan ke atas kepimpinan pakatan yang baru untuk melihat samada agenda perpaduan dan teras pembangunan negara akan dapat terus terlaksana atau tidak, melalui pakatan kerajaan yang baru..
-Wallahualam..
Sekian,
2 comments:
jgn t'lalu over confident. ngee !
peh, a very well written analysis on politic bro. keep it up :)
Post a Comment