Monday, February 2, 2009

Wa-terkena beb : Versi Mesin ATM

Tahun : baru-baru ini..
Lokasi : Opis..

Waaa.. sedang asyik khusyuk bermain SUDOKU online di petang hari waktu opis. Tiba-tiba aku teringat akan tentang peristiwa bermakna hari ni, iaitu Isnin pertama dalam bulan baru..

Haa.. mmg majikan tempat aku bekerja bayar salary kitorang at first working Monday on every month.. Apa lagi, berseri la muka masing-masing, melangkah keluar pejabat sat lg ni.. hahaha.. (seri masing-masing kalah seri orang nk terima bini baru!! Haha..)

Aku pon dengan hati yang girang, turut menanti detik jam 5, untuk pulang menyemak payment gaji aku di mesin ATM .. Sambil menggaru kepala memikirkan jawapan SUDOKU online ni..
Tut.. Tut.., dering ringkas handset ku.. dering ringkas ini menandakan muncul nya pesanan SMS baru masuk…

Selepas aku baca SMS tu, wajah ku lagi tampak lebih ceria, ceria seolah-olah baru lepas menonton saluran ceria NTV7 bersama bini muda, kerana SMS dari HR dept, tu berbunyik begini..

“Khun indy, pls check your account, claim for last 2month transport allowance were paid together...”

Waa.. memang girang bukan kepalang.. Sudahlah semalam pasukan EPL aku menang mudah 2-0 kat anfield.. Esoknye hari gaji plak.. Bukan gaji je, claim 2 bulan lepas pon masuk sekali..

Mmg wujud elemen "WOW factor" pada kegirangan itu hari.. ditambah pula dengan kuantiti keje ku yg semakin tidak menimbun.. mmg girang.. itu pasal boleh bermain SUDOKU online di petang hari.. haha..

***************

Tepat jam 5.00 ptg, meluru pantas aku scan card aku.. Aku menanti kelibat kenderaan awam yg akan menjempot aku pulang di luar bangunan pejabat.. Brother Jai nama driver dia….Sambil menanti kelibat kenderaan utk pulang, aku da mula berkira-kira untuk membeli jeans baru pabila dapat gaji ptg ni..

***************

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku mintak Brother Jai turunkan aku ke mesin ATM di pekan sbb aku nk check duit aku yang terapung-apung di dalam akaun bank tu.. Jarak rumah aku dgn mesin ATM itu hanya la sekitar 50meter.

Setibanya di mesin ATM, pergh.. mmg aku dah duga.. bersepah umat yg beratur nk kluarkan duit masing-masing.. Aku pon mula sunggul, apakah nk brator atau pulang ke rumah dlu…

Setelah aku berkira-kira, sbb terlalu girang nk check gaji, aku nekad kan diri untuk berator.. ramai pon ramai la.. “bolos saja mesin ATM itu!!”, bisik girang hati ku..

Mmg ramai bangat yg beratur berlilit macam line ular.. boleh la ku ibaratkan seperti beratur membeli tiket wayang TGV dikala tengah hari pada hari minggu.. Mmg panjang!! Seolah-olah hari ni ramai plak yg jadi Orang Kaya Sementara Baru!!

Setelah hampir 75 minit aku berator, kini giliran aku pula mencucuk ATM card.. Memang aku da senyum sampai ke telinga nk check gaji ni..

***************
Jeng..jeng..jeng..

Pabila sampai giliran aku, aku tercari-cari pulak ATM card aku.. Arghhh.. mana plak ATM card aku ni.. rupa-rupanyer, baru aku teringat yang card ATM aku terselit dalam diary aku, tertinggal kat atas TV di kamar beradu ku!! Hahaha..

Aku kembali sunggul.. Sambil cuba cucuk kad ATM lain dari Malaysia yg ada di dalam wallet ku, untuk COVER MALU beratur panjang!! haha.. Sengal.. sungguh sengal! arghhhhh... hahaha..

itu saja daaa..

Saturday, January 31, 2009

Forum for Palestine..


Last 2 days, just received an invitation email from peace malaysia on the latest event by them. There will be a forum on Palestine issue!! Guess what, our beloved former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad will address his speech regarding the Gaza issue, on the day..

I wish i were there too, but i can't make it coz i am away on duty on that day.. Just post here, if any one of you guys are interested to join in.. you are welcome!! :) the details is as below...


The issue on Palestine fight is not a new issue anymore, the criminal war by Zionist army had started long time ago.. the only differ is only on the number of death on year by year.. each year, the number is different.. but then lately, the criminal war is being launched obviously by them, but sooner or later, there is no action towards the people who is in charge of the criminals.. We should drag and punish the people who are responsible for this!! and give the Palestine totally truth freedom!!

Warm regards,


Monday, January 19, 2009

Episod Memori Bersama Si Dia


Tahun : 1994
Lokasi : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Pada suatu ketika, selepas aku menamatkan kelas kokurikulum aku pada hari Sabtu, seperti biasa, aku akan berjalan kaki keluar dari pintu pagar sekolah, melewati padang sekolah yang botak ditengah-tengah.. Menerusi Bangunan AIA, aku akan melintasi anak-anak tangga kecil turun sehinnga ke Jalan Ampang.. Sampai la aku menantikan kelibat bas mini untuk pulang ke rumah .Aduh, panas bukan kepalang.. Dengan berpakaian lengkap sebagai ahli pengakap kanak-kanak cawangan Bukit Nanas, sungguh mengajar aku perihal pedihnya hidup berdikari ni, pada usia 9tahun.

“Argh.. sungguh panas hari ini.. Mana bus mini ni tak sampai-sampai lagi?”, begitu la kelibat aku yang mundar mandir menantikan kehadiran bas mini bernombor 60. Tatkala sedang menanti bas mini, di saat itu la berduyun-duyun bas intrakota melewati perhentian bas yang aku singgahi. Bukannya bas intrakota ini tidak melalui taman perumahan ku, tetapi, aku lebih rela menantikan kehadiran bas mini daripada bas intrakota disebabkan beza harga tiket hanya sekitar 30 sen.

Mana tak nya, naik intrakota, kene charge dalam 90sen.. ini kalo masuk rm1 dlm kotak tu, confirm xde baki.. Waima, kalo aku naik bas mini, tiket dia 60 sen je. Kadang2 inspektor tiket tu bg aku murah sbb aku kanak-kanak sekolah, kadang-kadang hanya 30 sen je kene charge.. Begitu la beza harga tiket bas antara intrakota dan bas mini sekitar awal tahun 90-an.. Kadang-kadang aku akan jimat 30sen hingga 60sen sehari!! Mana tak nya? Bagi satu hari sessi sekolah aku akan menaiki bas mini ini, untuk perjalanan pergi dan pulang ku - 2kali naik sehari..(30sen X 2 = 60sen)..

Hasil daripada ‘penjimatan hebat’ harian-ku ini, aku akan laborkan membeli chikedis-chikedis, untuk makanan ringan ku.. Itu la kehidupan kanak-kanak, yang tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh ‘junk food’.. Ibarat pepatah, antara irama dan lagu, tidak bole dipisahkan.. Sekira dipisahkan, maka kurang la seri nya lagi..

Hasil penjimatan selama 2 hari itu, baru la aku mampu untuk singgah ke 7-eleven.. Selepas aku keletihan merentas perjalanan pulang dari sekolah, kadang-kala aku akan singgah ke kedai serbaneka 7-eleven yang berhampiran dengan stesen bas tempat aku turun.. Aku akan singgah sebentar untuk membeli slurpee sebelum pulang ke rumah!! Tatkala hari tengah panas, syiiook gile dpt minum slurpee ni.. Hasil daripada penjimatan harian aku selama 2hari, dapatlah aku membeli se-cup slurpee bersaiz kecil, yang aku beli dengan harga RM1..

Sesudah keluar dari kedai serbaneka 7-eleven tu, aku merentasi lorong kecil ke rumah ku.. Di situ la, wujud kelibat seekor anjing yang sedang nyenyak tidor di bawah pohon pokok yang rendang.. Namun, aku lewati kelibat anjing itu dengan selamba, jiwa goncang tapi tampak selamba redah melintasi ia(yakni anjing).. Sedang aku lewati anjing tu, secara tiba-tiba anjing tu bingkas bangun dan terus menyalak secara sawan.. Jiwa aku terus bergelora, tapi, aku terus kan bejalan tetapi bingkas laju cara aku berjalan… kerana aku masih ingat pesan org, kalau nampak anjing, jangan lari, nnt dia kejar..

Malang bukan kepalang, secara tiba-tiba kelibat anjing gile itu rupa-rupanya sedang mengejar-ku sambil memulakan salakan yang tampak ganas.. Aku pon tak tahu, atas niat apa dia nak mengejar aku?? Secara spontan aku pon lari daripada kelibat anjing gila yang kelihatan bengis tapi nampak gah. Pabila sesi kejar–mengejar berlaku, tiba-tiba, secara sukarela aku lontarkan slurpee yang baru aku sedut beberapa kali ke arah anjing liar itu.

Tiba-tiba anjing itu memberhentikan larian nya sambil aku teruskan larian. Namun, sayang sungguh.. Belian Slurpee hasil daripada penjimatan hebat duit belanja ku itu, dibaham oleh anjing liar tadi.. Cilakak punya anjing.. Dia pon tau makan slurpee.. Walaupon aku lega setelah bebas daripada buruan anjing tadi, tapi, aku tampak muram setelah kehilangan secawan slurrpee yang aku impi sejak hari semalam..

Sudahlah aku penat membuat penjimatan hebat untuk secawan slurrpee ni, penat berlari lagi, pada akhirnya slurpee itu jadi senjata menghalau anjing liar gila pulak tu.. Terpaksa la aku buat penjimatan hebat di hari lain untuk menikmati secawan slurrpee lagi tatkala dalam perjalan pulang ke rumah dari sekolah lagi.. :(

Ini lah antara pembelajaran utama yang aku terima di kala zaman pendidikan awal ku.. Ingin sesuatu yang di impikan, harus lah dibayar dengan pengorbanan yang setimpal.. Namun, walau seikhlas mana pon pengorbanan itu dizahirkan, belum tentu impian itukan menjadi nyata.. Itu lah lumrah kehidupan yang aku belajar sejak di bangku tadika lagi.. Senantiasa ku harapkan tuah nan mendatang setelah diiringkan dengan usaha nan jitu.. :)

that's all...

Perjalanan Sebuah Perjuangan


Salam perpaduan buat kalian,

Sedikit komentar tentang PRK-Kuala Terengganu, secara umum diketahui bahawa Dato' Wan Farid Wan Salleh, calon BN telah tewas dengan majoriti besar terhadap calon PAS, Saudara Mohd Abdul Wahid Endut(MAWE). Sekalung ucapan tahniah di atas kemenangan MAWE di atas usaha menawan kerusi parlimen BN yang dikosongkan oleh Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia pada 28 November lalu.

Kekalahan ini, sedikit sebanyak menzahirkan suara rakyat yang belom sepenuhnya mempercayai terhadap usaha pemulihan dan pembersihan UMNO. Namun terlalu banyak perkara yang harus dikaji dalam usaha membuat post mortem di atas kekalahan baru-baru ini. Walaupon secara terang-terangan acapkali media arus perdana mencanangkan bahawa BN mampu memperoleh kemenangan mudah dalam PRK di KT baru-baru ini. Namun, guruh gempita di langit, belom tentu hujan kan turun..

Jika UMNO ingin belajar sesuatu daripada kekalahan di PRK-P36-Kuala Terengganu baru-baru ini, segala persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli akar umbi dalam apa sahaja isu yang dibincangkan harus diteliti secara rasional bukan secara emosi oleh pengurusan tertinggi. Sekiranya ahli UMNO sendiri sudah tidak yakin terhadap kepimpinan mereka dalam parti, bagaimana pula individu-individu neutral lain seperti kami ingin turut serta dalam wadah perjuangan parti keramat bangsa ini.

Mengambil sikap terhantuk dan sedar oleh pucuk pimpinan lagi elok buat ketika ini, daripada berterusan menyalahkan ahli bawahan yang acapkali dilabel sbg ahli sabotaj, manakala ahli bawahan pula pasti akan mencemoh ketidak puasan terhadap calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan, setelah berlakunya kekalahan dlm pilihanraya.. Apabila berlakunya tuding-menuding jari sebegini berlaku, manakan teras perpaduan melayu mampu dizahirkan secara total..

Janji-janji manis menjelang pilihanraya bukan lah suatu modus operandi yang sangat efektif di kala masyarakat Malaysia kini semakin matang dalam membuat penilaian.Bukannya rakyat tidak sedar akan perihal perkembangan semasa, malah rakyat terus menerus menilai daripada setiap aspek isu samada di peringkat nasional mahupon tempatan mutakhir ini..

Teruskan mendengar setiap rintihan rakyat daripasa masa ke masa, bukan tatkala menjelang pilihanraya sahaja!! UMNO perlu percepatkan perubahan dan pembaharuan sekiranya ingin terus relevan menawan hati rakyat khususnya masyarakat Melayu..

Banyak yang harus diperbaik sebelum menjelang PRU ke-13, yang akan datang.. Jika UMNO tidak belajar daripada sejarah, risau esok lusa, parti keramat yang gah pada ketika era-era sebelom pemerintahan Pak Lah ini, hanya tinggal sejarah dalam masa mendatang..

Saya hanya la pemerhati politik tanah air yang mempunyai satu undi untuk dibuang.. Namun besar harapan saya, sekiranya UMNO mampu membuat perubahan yang drastik agar proses pembangunan dan perpaduan negara yang utuh mampu terlaksana seperti pada era zaman Tun Dr Mahathir.. Agar hak dan keistimewaan orang Melayu turut dipelihara secara terhormat, bukan sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan seperti hari ini yang mana acapkali isu ini dimainkan oleh mereka-mereka yang kurang bertanggungjawab terhadap peninggalan warisan nenek moyang kita..

Atau tidak dapat tidak, mungkin rakyat terpaksa membuat pilihan ke atas kepimpinan pakatan yang baru untuk melihat samada agenda perpaduan dan teras pembangunan negara akan dapat terus terlaksana atau tidak, melalui pakatan kerajaan yang baru..
-Wallahualam..

Sekian,

Tuesday, January 13, 2009

Semalaman on Night Shift

Tahun : baru-baru ini..
Lokasi : tanah besar Thai..

Semalam, semalaman aku bertugas on night shift. Ekoran on-call, merangkap proses pembelajaranku terhadap PLC, suatu sistem yang digunapakai dalam gudang aku bekerja. Seperti biasa, aku membuka manual mesin tentang PLC mesin harian, yang aku rawat sambil menikmati kopi panas yang telah siap dibancuh untuk ku. Tak sampai 5minit aku labuhkan punggungku di kerusi ku.. Tiba-tiba, ada staff warga asing melaporkan ada masalah teknikal yang terjadi dan beliau nk bergegas ke sana.. (*sebenarnya aku la spatutnya dilabelkan warga asing kerna aku bekerja di negara dorg.. hehe)

Aku pon rasa mcm nk ikot sebab bosan asyik kerap membaca.. Walaupon aku teramat sedar yang aku tak mampu bg cadangan penyelesaian terhadap kerumitan yang ditempuhi, sebab aku baru je keje.. Akan tetapi, di atas di niat untuk memperoleh sesuatu, aku ikot kehendak hati aku untuk ikot dia.. Belajar selagi apa yang mampu.. Kalo tak dapat ilmu teknikal pon, dapat peroleh semangat keje macam brother ni pon da kira ok..

Sampai la ketempat kejadian kerosakan.. Lantas dia memberi arahan,

Brother : "Khun indy, please stand behide me!! "
(*sengaja aku bold kan, kerana bukan aku silap type)

Aku : "Arai naa pii' ? " ("apa dia, bro?")

Brother : "Please stand behide me khun indy!! Not safe here!! "

Aku : "Beside you??"
*sambil aku bergerak pantas ke tepi dia

Brother : "Please stand behide me!! Careful!! "

Aku : "Behide?" ,*sambil menggarukan kepala kerana tak paham kehendak dia.. dia nk suroh aku menyorok ke apa..

Brother : "Go behide me..", sambil tarik bahu aku ke belakang dia..

Rupa-rupanya, dia nk ckp behind.. Tp dia menyebut "behide" seakan-akan bunyik beside.. Buntu..buntu aku.. Rupanya, dia soh aku ke belakang dia sebab dia nk bukak body mesin tu, sebab takot ada komponen yang melompat keluar ekoran tekanan dan suhu mesin yang tinggi..

Lepas dia bukak mesin tu, baru la aku beraleh lokasi dari behind ke beside him, untuk teruskan tinjauan aku terhadap proses baik pulih mesin tu.. haha..

Sungguh baik hati brother tu.. Anyway, sorry for misunderstood u at first.. hahaha..

Sorry ya.. :P

that's all..

Sunday, January 11, 2009

Regarding Gaza Issue


1. Just now, I just received a website link from my old buddy, Mr Farhan Alwi. The link is full with the pictures of the current war's victims. (click here)

2. A hundreds of Gaza's public people died and thousands of them were injured due to the attack since it was launched by Zeonist army on late december 2008. Until the 3rd week of attack, there is about 800 public peoples were killed.

3. The Zeonist army who have no heart put the attack target not only to the public structure building but also to public peoples include kids and women. It is show that how no respect of the Zeonist army of the human rights towards Palestians.

4. The people of Palestine need worlds community attention to stop the war immediately and hoping for our prayers wish for their better future. I am hoping that the world leader who had called up for struggling to keep peace efforts alive, managed to solve this crime war end up as soon as possible.

5. Even i don't have any pistols and machine-guns to shoot on each Zeonist army, but i do keep praying for a better future for Palestine People. And the Israel government should be responsible on this war crime issue. The people who are responsible should be bring to 'world human right' court and be punished by the law.

6. While looking at those pictures, my heart spontanous screaming softly,"What does the world peace means??" For those who had a big power towards world policy, "Why we should just wait and see this criminal war keep happen?? Why we should not stop the war immediately and bring those who are responsible towards the fair judgement for what they had done!!"

Monday, January 5, 2009

Wa-terkena beb! : Versi Wedding

Seperti yang dirancang pada tarikh berkenaan, aku pon mengenakan jersey rugby, dan seluar jeans biruku, dan berpinjamkan sandal yang baru dibeli oleh housemate aku di seberang golok. Lantas aku mencapai rm50 dia atas meja study ku, dan ku selup ke dalam kocek, sambil mengeluh,“Ini la notes terakhir ku bulan ini..”

Turut kucapai, handphone sony ericosn,K-550-ku, bingkas aku tepon jai :

Aku : “Wey, aku da siap dah ni, nnt ko amek aku kat apartment aku la.. Lepas tu kita gerak sekali ar.. Aku tunggu kat pondok pak guard..”

Jai : “ok..ok.. xde hal la.. Sbb kerol ngn matle pon da nak gerak.. Nnt aku amek ko, kita jumpa dorg kat sana la. Matle ckp, senang je nk carik rumah pengantin tu, sbb pagi tadi dia(matle) da lalu tepi jalan tu. Mmg betul2 tepi MRR2, kita akan nampak khemah kaler pink..betul-betul belakang shell.. Itu la khemah pengantin.., ok, jumpa jap lagi, aku pon tgh nak mandi bersiap ni..”

Jarak rumah jai dgn rumah aku, xde la jauh mane.. Kira dalam satu qariah jugak la.. Walaupon tak jauh mana, tapi agak letih la nak menapak.. jaraknya, dalam 1.5km macam tu agaknya.. Dalam 30minit kemudian, Jai pon sampai dgn kerata waja hitamnya yang tampak elegance itu dengan wajahnya yang berseri-seri, macam dia pulak nak kawen pada hari itu.. Sebelum memulakan perjalanan ke rumah pengantin, sempat aku mengenakan kaca mata gelapku, kerana cuaca agak terik walaupon mendung di pagi hari.. Kemudian, kami pon memulakan perjalanan di atas nawaitu menziarahi dan mengucapkan tahniah di atas berlangsungnya majlis wedding kenalan taulan sepejabat..

***************
Setelah 20mins perjalanan, kami pon tiba di khemah pengantin seperti yang diterangkan oleh matle.. Informasi yang matle berikan tampak mudah, ringkas dan padat, iaitu khemah kale pink, lokasi sebelah MRR2 dan terletak di blakang shell. Namun, sbb byk kereta yg dtg, jalan nampak sebok dan membuat kan sukar kami nk carik parking.. Pusing punya pusing, akhirnya, kami temui kawasan tempat letak kereta..

Aku : “Wey, apsal tiba2 ujan plak ni?”

Jai : “Hujan rintik2 je ni.. xpe kot..”

Aku : “Selambe redah je la.. xde lebat mana pon,”
(Sambil bingkas bangun dan menuju ke khemah pengantin yang berwarna pink yang bersinar-sinar serinya, betul-betul di blakang shell bersama jai..)

Jai : “Pergh.. Imran(nama kenalan yg kahwin) ni mesti anak somebody ni, sampai siap pakai polis jaga trafik sekitar majlis kawen dia ni.. Entah-entah bapak dia keje polis kot.. Itu yang siap ada polis bagai..”

Agak surprise kami, masa nk masuk ke lorong khemah kale pink itu, sebab ada beberapa pegawai polis sedang sibuk mengawal traffic yang agak sesak di lorong pintu masuk ke khemah berkenaan.. Namun, kami terus mengatur langkah untuk ke destinasi khemah pink.. Lantas jai pon mencapai telefon bimbit nya dan menelefon matle untuk menanyakan lokasi beliau dan isteri duduk makan, sbb kitorg nk join dudok makan kenduri sekali..

Jai : “Wey, kat mana? Kami da sampai ni..”

Matle : “Aku da sampai da ni, ko carik la bawah bumbung tu, kitorg tgh makan. Meh ar dudok sekali..”

Jai : “Ok..ok.. nnt aku carik”, jawap jai ringkas.

Carik punya carik, tak jumpa pon matle.. Lantas, aku ngan jai yang kelaparan sebab sama-sama tak bersarapan pagi pada hari itu. Terus mencari tempat duduk untuk menjamu selera kenduri tanpa memikirkan lokasi matle duduk. Tanpa berfikir panjang, kami pon terus makan.. Sungguh enak hidangan yang dihidangkan.. Sehinggakan kerusi yang kami duduk pon, di balut khas dengan kain pink putih keemasan.. Memang kami dapat rasakan macam ini adalah antara wedding versi mewah yang pernah kami hadiri.. Siap hidangan dalam 5-6 lauk yang sungguh asyik di makan.. Sedang kami asyik menikmati hidangan, telinga kami didendangkan dengan irama musik lagu-lagu kawen. Sungguh syahdu.. Rasa mcm nak kawen pon ada, masa tu..

***************

Tiba-tiba.. kedengaran lagu kahwen tadi berhenti berkumandang, dan digantikan dengan ucapan-ucapan perkahwinan yang ditujukan kepada pengantin baru oleh para hadirin yang dikendalikan oleh DJ majlis tersebut.. Namun, ucapan perkahwinan yang ditujukan bukan kepada nama Imran, tetapi nama makhluk lain.. Seolah-olah perkahwinan itu, bukan Imran yang punya majlis kawen.. Kami dah mula rasa jengkel, dan meragui status empunya majlis perkahwinan tersebut. Apakah ramalan kami, bahawa Imran adalah anak pegawai polis tadi terpesong? Atau, majlis ni ada 2 pasangan pengantin.. Wajah cemas, tetapi tampak berselera menjamu selera.. Sehinggalah pada ketika..

Ada beberapa anak dara sunti mengagihkan bunga telor di meja makan kami…

Aku : “Jai, aku rasa, kita da salah wedding ni.. Cuba ko tgk ni..”, kata ku ringkas..
(Sambil menunjukkan bunga telor yang ditulis jelas, bukan nama Imran, dan pasangan nya)

Jai : “Ha ah la.. kita da salah wedding ni.. Tak bole belah betul.. Tapi, tadi kat lorong tadi, lorong sama mcm dlm kad jemputan! Jap aku call matle.."

***************

Jai tepon matle...

Jai : "Matle, ko kat mana ni? x nampak pon ko ngn si ros?? Aku tgh makan kat khemah la ni"
(Sambil bingkas berdiri, dan menoleh pinggang kekiri dan kekanan, mencari kelibat matle yang tidak kelihatan, walaupon matle telah menyatakan dia sedang mkn di lokasi perkahwinan berlangsong)

Matle : "Aku tgh makan la ni, ko carik la.. betul-betul kat bawah khemah kaler coklat!"

Jai : " Kaler coklat?? Bukan kaler pink ke?? tadi ko ckp kaler pink??"

Matle : "Bukan-bukan.. entah-entah ko dah salah rumah ni.. hahaha.. dah-dah, meh mai sini cepat, ramai geng-geng ada sini ni, mozek, kerol, suma ada sini..

Jai : "ok..ok.. roger and out!"

***************

jeng..jeng..jeng..!!

Setelah mendapat maklumat sebenar...

Jai : "wey kita da salah rumah daaa.."

Aku : "salah rumah ka? jap, kasi aku perabis ni dlu.. then kita gerak.."

Jai : "Jap aku tanya mamat kat meja makan sebelah ni, sbb dia tu muka familiar macam kawan imran jugak, mana tau dia tau ke rumah imran kat mana..”

Setelah jai pergi bertanya, rupanya, mamat tu pon baru sedar yang dia salah rumah daaa.. Mamat tu lagi la, siap bawak isteri dan anak-anak skali.. Dengan keadaan cemas, kami menghabiskan nasi atas pinggan, lantas cuci tangan, dan bergegas ke rumah pengantin yang sebenar.. Rupa-rupanya, pada hari itu, dalam lorong yang sama, ada dua kenduri kawen.. Satu hujung lorong sebelah kanan(blakang shell), satu lagi hujung lorong sebelah kiri.. Setibanya di rumah Imran, baru la kelihatan kelibat matle dan isteri, kerol dan isteri, mozek dan bakal isteri, rizal yang tanpa isteri dan kawan-kawan yang lain..

Moralnya, lain kali, kalo nak makan kenduri kawen org, salam la bapak pengantin tu dulu.. Da confirm betul, baru la redah carik nasi kuning dia..hahaha.. Buat imran, lain kali kalo nk buat kenduri kawen lagi, jgn pilih date sama ngn jiran satu lorong.. buat org konpius daa.. hahaha.. Buat matle, kaler pink dgn coklat x dapat beza kaa?? apa da... hahaha..

Sunday, January 4, 2009

Win, Lose or draw..

Munculnya hari esok, maka genaplah 6 bulan kewujudan aku di bumi bangkok ni... manakan bisa menongkah masa tanpa pengalaman yang diperoleh.. banyak corat-coret rentetan peristiwa sewaktu aku berada di paksi bumi bangkok yang penoh dgn pacaroba dan kemelut politik berpanjangan yang tidak penah bisa kenal dengan erti keamanan..

Antara byk-byk pengalaman, ingin aku komentarkan tentang kepayahan aku ingin membeli bawang pada bulan pertama bernafas di bumi bangkok.. ada kalanya boleh diibaratkan seperti game win, lose or draw..

Mengecapi kehidupan di tanah besar siam ini, ada ketika mcm susah, waima ia merupakan jiran paling dekat dgn tanah air bumi bertuah kita.Mana tak nya, dalam area yang aku duduki hanya wujud dua sahaja kedai makan yang betul-betul halal, yang mana, pengendalinya tau akan pasal perihal daging sembelihan, dan xde bahan ramuan yang berasaskan 'pork'.Namun, setelah hampir 2 minggu, mengecapi ramuan masakan daripada dapur daripada 2 kedai yang sama, membuat kan aku jelik dan bosan dengan masakan yg disediakan. Mana tak nye.. Asyik ikot selera tukang masak dia je, kdg2 nk ikot selera kita jugak..

Keputusan untuk memulakan sessi masak-memasak ini, mebuatkan aku terpikir.. Apakah tindakan susulan aku selepas ini.. Apakah resipi yang mampu aku masak?? Apakah aku mampu makan masakan aku, walaupon tak berapa ada UHHHm?? Namun, itu semua perkara biasa, bg org yg baru nk mula blajar.. bak kata zizan(rancangan BOLOS),"bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!!".

Pada suatu petang sewaktu pulang dari pejabat, aku melewati sebuah kedai runcit.. Lantas, tanpa berfikir panjang, aku masuk saja.. Sedang asyik membelek-belek majalah dalam kedai runcit tu(belek je.. x beli pon..), aku terpikir untuk membeli telor dan minyak masak untuk ku goreng mlm nnt. Aku tercarik-carik di rak kedai dan aku terjumpa, lantas aku capai dan bawa ke kaunter kedai.

Namun setelah membeli telor dan minyak masak, aku keluar kedai, tiba-tiba, hati kecil ku berbisik dgn sungguh halus.. "x sedap la nak goreng telor xde letak bawang!". Pada kali ini, aku ingin bergerak pantas, kerana aku ingin menonton rancangan televisyen. Sebab nak cepat, aku pegi je ke kaunter, dan tanye org kedai tu, dimana kah lokasi bawang..

Acapkali aku bertanya, maka acapkali la dia tak paham apa aku nak. Mana tak nya, aku ckp bahasa london(English) kat dia, dia hanya berlidahkan bahasa thai tunggal. Maka terkedek2 la aku nak membuat kan dia paham akan kehendak ku.. Lantas dengan mudah, aku mengambil pen dari kocek baju ku, disamping diary di dalam beg galas kerja ku.

Lantas, aku coretkan gamba bawang di dalam kertas itu. Maka, dengan pantas dia mengangguk dan lantas dia mencapai kan untuk aku.. Maka berjaya lah aku membeli bawang pada petang yang mcm bermain win, lose, or draw.. Kami menang, sbb aku berjaya melukis dan dia berjaya meneka..

Namun resepi telor goreng ku tidak lengkap walaupon telah dihiasi dengan bawang. Manakan tak nya, aku terlupa untuk membeli garam.. Kurang uhmm la telor goreng hidangan ku itu mlm..

Petang kendian hari nya pon muncul, seperti biasa, aku mengadap pekedai tadi, dan dengan harapan dia mudah memahami kehendak aku kali ini.. Namun usaha aku menyebut "salt" bagi sessi penerangan tetap gagal.. Atas usaha apa aku nk fahamkan dia??

Seperti sediakala, aku mencapaikan pen dan kertas bagi sesi penerangan berikut nya.. Tapi.. padakali ini, aku gagal untuk mencari kata kunci untuk dilukis.. Kami gagal, kerana aku gagal melukis garam, dan dia gagal meneka.. hahaha.. gile ar, macam main win, lose and draw kan.. hahaha..

Lantas esok aku kembali semula ke kedai itu setelah memperkasakan perkataan siam, "kleua", untuk membeli sepaket kecil garam untuk hidangan telor goreng ku..

Melewati usia kanak-kanak awal 90-an..

Mengecapi sepanjang onak duri kehidupan ini, adalah indah bila terkenangkan zaman sewaktu membesar dahulu.. Menurut isltilah bahasa melayu mudah, tatkala pada ketika zaman kanak-kanak aku.. Zaman sebelom menongkah arus remaja, sessi “sebelom akil baligh”. Sungguh indah masa tu.. Tidak pernah terlintas pon untuk merancang kehidupan seperti kehidupan hari ini. Yang mana penuh dengan tanggungjawab, dugaan dan pancaroba..

Mengimbas kembali zaman lampau, byk pengisian aktiviti sewaktu melewati zaman kanak-kanak sekitar awal 90-an, berbeza sekali dengan kanak-kanak di kini hari. Kalo dulu, hampir seluroh kanak-kanak di awal 90-an, yang pasti, rutin antara satu sama lain tentang rancangan yang dipertontonkan kepada mereka, dan permainan mereka mainkan adalah lebih kurang sama seantero pelusok malaysia. Macam, gaban, flashman, dash-yankuro, tomato-man, doraemon, chempiang-man, the kickers, ultraman taro, dan “Hati Waja”(hero-shahidan{faisal Hussein};drama silat melayu pkol 7.30mlm)dsb-nya. Masih aku ingat lagi, kadang-kadang aku sanggop ponteng kelas sekolah agama petang aku untuk menonton rancangan-rancangan tersebut. Byk betol citer tu disiarkan pada ketika kelas ugama ptg ku belom tamat. Masakan di kala itu aku sebok menelaah di sekolah agama. Yela, dulu mana ade tv mcm astro yg rancangannya disiar ulang-ulang kan?! Mungkin itu sbb agaknya astro pasang citer dia ulang-ulang kali kot, sbb nk bg peluang kepada yg terlepas untuk menonton!! Hehe..

Selepas menonton, mula la rata-rata keluar mencari rakan seantero untuk bermain. Masih igt lagi. Zaman dahulu, permainan dia senang untuk ditentukan.. sebagai contoh, kalo pada waktu itu musim “world cup”, mesti semua kluar bermain bola, tak kira la, terror ke tak terror, janji main.. kalo masa tu tgh berlangsongnya piala Thomas, maka kat kedai-kedai runcit, akan larisla penjualan bulu tangkis dan raket.. Kalo zaman tu citer dash yankuro ke udara, maka mula la kita kumpol duit blanje nk beli kete tamiya, atau paling kurang pon kete audley..Atau dengan kata mudah, permainan akan dimainkan mengikot musim..

Namun permainan sampingan yang lain, manakan mudah untuk aku lupakan, seperti main layang-layang, lastik buah getah, galah panjang, “police and thief”(dulu panggil police entry one two jaga je), main keja-keja, rounders(ala-ala baseball, tapi guna papan kayu meje sekolah ngn bola tennis), baling selipar, main baling tin(ala-ala baling selipar jugak), main guli(buru, lessen, kotak, pasang),gasing(main pakok), ku ci pang, main bola cap(guna bola tennis baling kat badan org) dan permainan yang paling aku tak bole terima adalah main nombo. (aku da tanye budak zaman kini, rata-rata mereka tak tau apa itu istilah main nombo, giler rugi!!hahaha..)

Main nombo ni ringkas, kene pilih nombo, then letak tangan.. Kalo nombo sapa kene, boleh tarik tangan kluar, dan sapa yg nombo tak kene tu, kene kekalkan tangan dalam pusingan.. and at last, sapa kalah akan kene jentik ikot nombo pilihan si pemenang!!! Haha.. aduh pedih tangan si kalah, sampai tukar-tukar tangan!! Hehehe.. si pemenang yang tak larat jentik, sampai wakilkan kat org lain gitu.. lokasi permainan selalunya, di kala waktu cekgu xde dlm kelas, lepas abis final exam, atau waktu di kala waktu prima seperti sebelom dan semasa teraweh berlangsong!!! main kat blakang jemaah(sbb lepas teraweh dah g main mercun plak).. hehehe..

Sungguh indah terkenangkan kembali detik nan indah sewaktu kanak-kanak..