Saturday, December 27, 2008

Lightning Protection System / Sistem Pertahanan Petir dan Kilat

Lightning Protection System
(Malay version at the post's bottom)


The main objective of the lightning protection system evidence is to reduce the probability of a direct lightning strike to the building structure and the electrical equipment. The Lightning Protection System will provide an alternative way for the unintended lightning current to flow directly to the ground through the down conductor, once the air terminal has been struck by the lightning strike phenomena. There are a lot of the consequences that are undesired by us that may happen according to the phenomena, such as, fire, the structure damage, failure of telecommunication system device, risk to proper function of power system network, loss of life and electrical equipment damage.

To avoid all those undesired accidents from happen, a proper design of lightning protection need to be installed as the alternative for the lightning to strike and also for the unintended current to be ground to earth directly without any direct or indirect effect. To build the basic understanding of lightning protection, there are three main elements that need to be considered for investigation purpose, which are air terminal, down conductor and grounding. As a guide for a better understanding, the world standard of lightning protection guide need to be use, such as National Fire Protection Association (NFPA 780) and British Standard. Most of the country in this world will use these as their guide for them to set up their internal standard purpose.


Sistem Pertahanan Petir dan Kilat

Antara objektif utama wujudnya Sistem Pertahanan Petir dan Kilat adalah untuk mengurangkan kebarangkalian untuk sesebuah struktur bangunan itu di panah petir dan kilat. Sistem Pertahanan Petir dan Kilat ini direka khusus untuk menyediakan laluan alternatif bagi arus elektrik untuk mengalir secara terus ke bumi melalui konduktor yang direka khas apabila fenomena kilat dan petir itu terjadi. Terdapat banyak kejadian yang tidak diingini apabila kejadian petir dan kilat ini terjadi, antaranya; kebakaran, kerosakan pada struktur bangunan, kegagalan fungsi alat komunikasi, kegagalan fungsi kawalan system kuasa, kematian kepada hidupan dan kerosakan peralatan dan perkakasan elektrik di dalam mahupun diluar struktur bangunan.

Untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini tadi terjadi, suatu sistem pertahanan petir dan kilat yang baik dan selamat harus dipasang pada struktur bangunan supaya apabila kejadian petir dan kilat ini terjadi, akan wujud laluan alternatif untuk arus elektrik yang wujud ekoran fenomena petir dan kilat terus ke bumi tanpa memberi sebarang kesan secara langsung atau pun kesan yang tidak langsung. Untuk membentuk kefahaman asas tentang sistem Pertahanan Petri dan Kilat ini, terdapat tiga element penting yang harus dikaji untuk proses mereka bentuk; iaitu terminal udara, konduktor aliran ke bawah dan sistem kebumian tanah. Sebagai rujukan untuk mebina kefahaman ini, rujukan perlu berteraskan kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh National Fire Protection Association (NFPA 780) and British Standard. Hal yang demikian kerana, kebanyakan negara dalam dunia ini akan menjadikan piawaian ini sebagai rujukan untuk mereka menetapkan piawaian bagi kegunaan dalaman.

No comments: